Assalammualaikum... Terima kasih kerana sudi melawat laman blog Pakngah yang masih belum sempurna ini...

Umiediniy

Spray Pengeras Tudung





 ̶R̶M̶2̶5̶.̶0̶0̶  RM18.90

Membentuk semula tudung awning yang kemek, patah dan lembut. Tudung kekal cantik sepanjang hari. Cecair tidak meningalkan kesan kotor. Wangi, bersih dan suci.




Ephyra (Sales Happy Holiday)



LAZADA SALES.. SALES..                   
 DISKAUN SEHINGA 80%  
                    24 APR ~ 2 MAY 2017
SALE
BUY NOW

Ephyra Premium 30 Sachets


SALE
BUY NOW



Khasiat dan keistimewaannya



1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan
9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.


Kandungan Ephyra

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida 
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium. 





Tips pengambilan Ephyra 

  • Ambil Ephyra ketika perut kosong adalah digalakkan kerana ia meningkatkan kadar penyerapan nutrien dalam badan
  • Dilarang bancuh Ephyra menggunakan air panas kerana khasiatnya akan terbantut
  • Kurangkan minum cafien, bagi mereka yang suka minum kopi boleh jarakkan masa pengambilan kopi – 1 jam selepas minum Ephyra
  • Banyakkan minum air masak selepas minum Ephyra untuk hasil optimum


Bandung dan Bogor Indonesia


  Percutian bersama isteri ditanguh dari jam 2.40ptg ke jam 3.10ptg. Air asia, masalah seperti ini sudah biasa terjadi. Kesian bapak Anwar, sabar menungu ketibaan kami di lapangan terbang Husain Sastranegara.
Pesawat kami tiba 6.30ptg waktu tempatan. Sepatutnya kami terus bertolak ke bogor tetapi sudah terlewat, kenderaan yang di tempah sepatutnya bertolak jam 5.30ptg.
  Bapak Anwar membawa kami ke agen pengangkutan yang lain. Nasib baik ada tiket jam 9.30mlm. Kira-kira ada dua jam lagi, sempat untuk cari sim card telefon dan soket elektrik, soket elektrik di malaysia tak sama dengan disini. Kami makan malam direstoran nasi padang. Jus buah sersak (durian belanda) melegakan tekak ku.
  Ini dia bapak Anwar, banyak membantu dan memudahkan lagi urusan kami di sini. Terima kasih pak!! Jam 9.30 malam kami bertolak ke bogor menaiki toyota Hiage. Ada 3 orang penumpang warga tempatan. Perjalanan kami ikut jalan higway bandung-jakarta-bogor, perjalanan kami megambil masa 3 jam. 
  Jam 12.30 malam kami tiba di bogor. Seorang penumpang minta dia diturunkan di bus stop tepi jalan. Selesai sahaja pemandu meneruskaan perjalanan. Tiba-tiba kedengaran dentuman sangat kuat di belakang kenderaan, lalu kenderaan diberhentikan.Kedengaran pemuda yang diturunkan tadi marah-marah. "Ngapaan kamu si, kamu mau bawa lari bagasiku ya!" kata-kata kesat terus dilontarkan, mujurlah pemandu itu bersabar dan tidak melawan. 
  Apa yang aku fikirkan pasti pemuda itu orang tempatan bogor, jaguh kampung. Isteriku trauma seketika, maklumlah first time jejakkan kaki disini. Akhirnya kami diturunkan berdekatan hotel salak, kami berjalan kaki dari satu hotel ke hotel yang lain mencari penginapan. Malangnya sudah penuh. Tempat ini banyak hotel, jarak antaranya tidak berapa jauh. Pasti ramai orang suka datang ke sini. Persoalannya apa yang istimewa di bogor?
  Kami tiada pilihan, hari pun sudah larut malam. Pemuda pekerja hotel membawa kami keseberang jalan untuk meginap di rumah tumpangan. Keadaan tiidak selesa, macam rumah kongsi pun ada. Katil pun takde cadar, paip airnya pula tidak boleh ditutup, kalau dipulas kuat takut patah. Malam itu tidak lena tidur, tak sabar tungu pagi. Banyak nyamuk pulak dan bunyi air paip menganggu tidurku. Ku halakan kipas duduk yang penuh sawang untuk menghalau nyamuk. Azan dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari lena, azan bersahut sahutan dimadrasah yang lain.. teringat aku keadaannya sama di tanahair.
Pagi-pagi lagi kami ke pekan Bogor, mencari makan untuk alas perut. 

Pasar Kebon Kembang awal pagi masih sepi.




Jam menunjukkan 10.00pagi. Jalan yang tadinya lengang telah mula dipenuhi peniaga.




Menjelang tengahari kami pun meneruskan distinasi menaiki bas kota, mudah dan murah.
Taman bunga raya bogor, 15 minit perjalanan dari sini. Disebabkan kesesakan atau macet yang begitu senonim di bogor.


Rusa dibiar bebas merdeka di luar istana bogor.

Jambatan merah peningalan penjajah Belanda.

Bunga bangkai, menjadi tarikan pegunjung dan para peyelidik. Megeluarkan bau busuk seperti bangkai.
Menjelang petang kira-kira jam 3.00 kami berangkat menuju ke bandung. Kali ini kami ikut jalan puncak tidak seperti kalmarin kami datang kesini ikut higway. Puncak merupakan kawasan tanah tinggi seperti camaron higland kalau di malaysia.


Ladang teh, saujana hijau mata memandang.

Menghirup udara segar.

Terdapat restoran di puncak.

Menungu makanan yang di pesan. Mee rebus jadi pilihan, resepinya seperti mee soup.
Cuacanya dingin, sekali sekala dihembus angin pergunungan.

  Boleh join kalau berani. Club papatong merupakan persatuan sukan payung terjun Indonesia yang ahlinya terdiri dari pelbagai negara seperti Malaysia, Japan, Australia dan lain-lain. Club ini ibarat duta untuk promosi puncak sebagai distinasi pelancongan pilihan.

Kami meneruskan perjalanan sambil melihat pemandangan sawah padi di lereng-lereng bukit.

Pemandangan sawah padi bertingkat.

Keretapi antara Jakarta - Bandung merentas sawah padi.

Jam 8.00 malam kami sampai di kota bandung. Meginap di hotel Citra Dream sunguh selesa dan murah, satu malam rupiah $350,000 (RM100)

  Planning esok mahu ke cibaduyut yang terkenal dengan kasut kulit. Perjalanan kami di awal pagi untuk mengelakkan macet. Naik teksi Rp.100,000 Sepanjang perjalanan bapak tatang menunjukkan dimana jualan glosir (borong). Kami lalui tempat diberi nama Cibadak, tempatnya untuk borong alat kosmetik, Jalan Luvepanjang untuk borong jeket kulit, untuk dapatkan harga murah semestinya beli secara banyak. Perjalanan kami hanya 20minit, bapak tatang memang mahir ikut jalan "short cart". 
Monumen Kasut di Cibaduyut.


  Rambang mata.. akhirnya 5 pasang kasut kulit dibawa pulang untuk dipakai pergi office.
Selesai beli kasut kami bertolak ke pasar baru. Bapak teksi tadi sedia menunggu kami. Kami di kenakan tambang Rp150,000 lebih Rp50,000 sebab menunggu lama, hampir 2 jam.

Gedung tekstil tingkat 7, Komplek Pasar Baru.
Beli 4 jenis corak untuk dibuat baju kurung.


  Pada sebelah petang kami pergi shopping outlet. Banyak terdapat outlet di bandung diantaranya yang terkenal seperti outlet rumah mode dan haritage. Terdapat barangan original ditawarkan dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan di Malaysia.




 Kenangan penulis bersama Bupati (Datuk Bandar) Bandung H.Dadang M Naser.

JUMPA LAGI.. TERIMA KASIH SEMUA.


Alga Mekah / Kombucha Tea



















http://www.ohpakngah.co.cc/2011/12/alga-mekah-kombucha-tea.html
http://id.wikipedia.org/wiki/Kombucha
http://www.kombu.de/fasz-ind.htm


ALGA MEKAH @ KOMBUCHA TEA
Doktor kombu dari korea telah membawa pati alga mekah(tahun 414 ) ke jepun untuk merawat masalah penghadaman maharaja jepun . Penyakit yang dialami oleh maharaja telah dapat di pulihkan. Cerita kejayaan ini telah tersebar sehingga ke eropah timur,rusia, dan jepun . Ini menyebabkan Pati Alga Mekah menjadi bahan rujukan pakar-pakar sains.

Pati Alga Mekah di kenali dengan nama kambuchea tea. Pati ini telah terkenal di 20 buah negara .Di Rusia di kenali sebagai "mushroom tea" , China "Hongchajun" , Jepun "kocha kinoko" dan lain-lain lagi. Pati Alga Mekah kaya dengan nutrisi yang amat luar biasa, mengandungi asid organik, vitamin dan enzim yang tinggi . Ia mengandungi vitamin B(B1,B2,B6 dan B12) dalam membekalkan tenaga. Vtamin B berfungsinmemproses lemak dan protein untuk dijadikan tenaga . lactic asid sangat penting dalam proses penghadaman untuk penghasilan tenaga melalui hati. usnic asid mempunyai kekuatan antibiotik di dalam menentang penyakit. Malic asid untuk membantu hati mengeluarkan toksin di dalam badan . Glunoc asid dan Butyric asid untuk mengawal membran sel. Amino asid amat penting dalam penghasilan enzim. Pati Alga mekah bersifat asid yang penting bagi mengimbangi alkali yang mampu bertindak pada makanan ,minuman dan udara .Kesan pengambilan pati alga mekah membantu mempengaruhi fungsi hati , sistem aliran darah, sistem penghadaman serta menstabilkan nilaiPH di dalam organ badan manusia.
(sumber rujukan dari : 300 buku kertas kajian dari rusia )

Pati alga mekah kaya dengan gluconic asid dan sangat membantu dalam menambah fungsi hati di dalam mengeluarkan toksin dari dalam badan.
(Micheal R Roussin 1996-2003)

Pati alga mekah mujarab untuk merawat gout,rheumatism,tekanan darah tinggi dan sakit tua. Uric asid dan kolesterol didalam darah akan dipecahkan kepada molekul-molekul halus dan di keluarkan melalui air kencing.
(Academy of Chemists U.S.A)(2000)

Pati alga mekah mempunyai antibiotik yang amat berkesan dalam menentang penyakit.
(Kasernik L,Bjull exp.Bio 1987)

Di Rusia , Pati Alga Mekah di kenali sebagai "wonderdrink" di dalam membantu penghidap sakit kepala, gastric dan kesukaran membuang air besar.
(sumber rujukan : central oncological research unit,1998)
Penggunaan Pati alga mekah setiap hari akan mampu mengelakkan penyakit kanser.
(russian academic of sciences in moscow-1998)

Tiada kesan negatif kepada kesihatan manusia di dalam pengambilan pati alga mekah dalam jangka panjang.Ini di sahkan oleh US food and drug administration, FDA -sumber American cancer society on kombuchea
tea,1997.

Menurut Dr, sklender ,pengambilan pati alga mekah mestilah di ambil di waktu pagi ketika perut kosong . Gelas kedua dan ketiga selepas makan tengahhari dan malam. Minum di waktu perut kosong sesuai bagi menyerap antibiotik tersebut. minum untuk gelas kedua dan ketiga sangat baik untuk tujuan penghadaman.
ALGA MEKAH UNTUK KESIHATAN DIRI DAN UNTUK KETAHANAN PENYAKIT.
Pati alga mekah telah di gunakan sejak zaman dinasti T-Sing lagi.Pati ini juga telah terkenal di 20 buah negara. Alga ini terhasil dari perigi telaga zam-zam di negara arab dan telah dibawa ke malaysia sejak zaman 1960 an. Kini alga mekah ini telah di majukan dan di semai untuk di komersialkan.

Air minuman alga mekah dalam amalan tradisional sering dikaitkan dengan kesihatan dan di amalkan bagi tujuan merawat penyakit seperti berikut :-


1- Strok / Kanser
2- Gout / Bisa tapak kaki
3- Batu karang
4- Kencing manis
5- Menguruskan badan
6- Batuk berpanjangan / Asma
7- Tekanan darah tinggi
8- Memulihkan tenaga batin
9- Sakit angin gastrik / keletihan
10- Susah tidur / Tidur tidak lena
11-Sembelit / susah membuang air besar
12-Lenguh sendi / sakit pinggang / Sakit belakang
Note: Dilarang minum bagi perempuan megandung.










Trend Flip Flop

http://www.stall4u.co.cc/

PENGARUH pemakaian selipar ringkas atau flip flop sudah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.
Sejak beberapa tahun lalu, trend itu kembali menjadi pilihan generasi masa kini. Ia bangga dipakai sebagai aksesori bergaya selepas ia melalui beberapa fasa perubahan reka bentuk, warna dan fesyen.
Mendapat jolokan popular selipar Jepun suatu masa dahulu, flip flop kini diakui sebagai pilihan fesyen sepanjang zaman yang tidak luput ditelan arus kemodenan.
Tidak lagi dilihat sebagai aksesori yang tidak seiring perkembangan fesyen semasa, flip flop sebaliknya semakin popular dalam kalangan golongan muda terutamanya remaja masa kini untuk melengkapi aktiviti santai mereka.
Justeru, EarthFour Sdn. Bhd. yang membangunkan jenama Fipper pada tahun 2008 menghasilkan rekaan-rekaan flip flop yang trendy dan terkini untuk dipakai generasi penggemar yang mahu tampil bergaya dengan mudah dan ringkas.
Pengurus Besarnya, Dylan Cheong berkata, jenama Fipper dibangunkan selepas satu kumpulan kecil yang terdiri daripada empat anak muda melihat perkembangan fesyen sandal flip flop di negara luar yang begitu pesat membangun.
“Kini, Fipper mempunyai tiga orang pereka khas kreatif yang merupakan anak tempatan. Mereka menghasilkan rekaan yang menepati cita rasa semua golongan tidak kira usia,” katanya ketika ditemui di butik Fipper di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan Minggu lalu.
Menurut Dylan, Fipper merupakan 100 peratus jenama tempatan tetapi melalui proses pembuatan di Thailand.
Walaupun rupanya tidak seperti kasut atau sandal berjenama, ia tetap dilihat menarik di kaki pemakainya. Bukan sahaja cantik dan berkualiti, Fipper turut dijual dalam variasi pilihan warna yang sesuai dipadankan dengan pakaian santai.
“Fipper dihasilkan menggunakan getah asli sepenuhnya dan bahan mentah yang paling sesuai boleh didapati di Thailand. Disebabkan itu, logo jenama ini menggunakan imej gajah yang terkenal di negara berkenaan,” katanya.
Dylan memberitahu, fesyen flip flop masih baru di Malaysia tetapi sudah berkembang dengan cepat di luar negara yang menyediakan pelbagai rekaan berkualiti tinggi dan dijual pada harga tinggi.
“Fipper merupakan jenama peneraju di Malaysia dan kami mahu menghasilkan rekaan-rekaan terkini seiring permintaan dan perkembangan fesyen flip flop di sini.
“Kelebihan Fipper bukan sahaja pada harganya yang rendah berbanding kualitinya yang tinggi, malah ia antikulat dan bahan aslinya memastikan pengguna tidak tergelincir ketika pemakainya melangkah di permukaan licin,” katanya.
Dalam pada itu, Dylan memberitahu, setiap rekaan Fipper tampil di antara 30 hingga 40 pilihan warna berbeza yang menepati cita rasa fesyen yang pelbagai.
Warna-warna terang seperti oren, hijau, merah, kuning, biru, firus dan ungu menjadi ‘buruan’ ramai, apatah lagi keluaran yang menggabungkan dua atau lebih warna.
“Setiap pasang Fipper mempunyai padanan warna yang sepadan atau kontra atau berjalur, terpulang kepada cita rasa pelanggan. Ada yang mahu tampil klasik dengan gabungan warna asas, atau tampil funky dengan gabungan warna-warna terang dan kontra.
“Ia bukan sahaja sesuai untuk kedua-dua aktiviti dalaman dan luaran, generasi masa kini memakai flip flop di mana-mana sahaja, sama ada ketika membeli-belah, keluar bersantai bersama teman atau ke pantai untuk menikmati masa percutian berkualiti,” katanya.
Jelas Dylan, sejak diperkenalkan, Fipper mempunyai komuniti Facebooknya sendiri yang bukan sahaja membeli Fipper untuk kegunaan harian tetapi dijadikan koleksi peribadi yang lain daripada yang lain.
“Ada penggemar flip flop kini menjadi pengumpul jenama Fipper dengan memastikan mereka mempunyai koleksi warna-warna menarik yang menjadi kegemaran mereka.
“Selain itu, dengan koleksi tersebut, ia boleh dipakai dengan warna pakaian yang sepadan setiap kali keluar rumah. Pengguna tidak akan rasa terbeban untuk menyimpan koleksi Fipper kerana ia murah tetapi cantik dan selesa,” katanya.
Sementara itu, Dylan memberitahu Fipper menawarkan empat pilihan flip flop iaitu Classic, Strong, Strip dan Comfort yang dijual pada harga berbeza.
“Kedai Fipper kini boleh didapati empat lokasi di Lembah Kelang iaitu di Plaza Sungei Wang, Ampang Point, Berjaya Times Square dan di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan, manakala dua lokasi di Pulau Pinang ialah di pusat beli-belah First Avenue dan Lapangan Terbang Bayan Lepas.
“Selain itu, kami juga bakal membuka kedai baru di Mydin Subang Jaya, Selangor pada bulan Jun ini diikuti dua buah kedai lagi di Leisure Mall dan Sunway Pyramid akhir tahun ini,” katanya.
Tambah Dylan, Fipper juga boleh didapati di pasar raya Carrefour dan bakal dipasarkan di kedai kesihatan dan kecantikan Guardian dalam masa terdekat.
“Kami mempunyai sasaran untuk mengembangkan jenama ini sebagai salah satu pilihan fesyen untuk semua golongan. Berdasarkan sambutan menggalakkan kini, kami bakal tampil dengan rekaan-rekaan fesyen flip flop terkini dan belum pernah dipasarkan di negara ini.
“Selain itu, Fipper juga bakal mengeluarkan koleksi Fipper Junior untuk kanak-kanak dan Fipper Metalic yang berkilat untuk mereka yang berani,” katanya.
Katanya lagi, bagi menarik golongan berkeluarga atau pasangan kekasih untuk memiliki koleksi Fipper di rak kasut mereka, Fipper menawarkan pakej keluarga. Mengikut pakej itu, pelanggan yang datang bersama keluarga atau pasangan dapat membeli Fipper dengan harga diskaun.
“Ia sesuatu yang menggembirakan kami sekiranya dapat melihat pasangan atau keluarga tampil sedondon memakai sepasang flip flop Fipper dengan penuh bergaya,” katanya.


Hikmah berpuasa dari segi kesihatan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Ramadhan yang telah tiba memberikan semangat kepada kita untuk meneruskan ibadah, ibadah pada bulan yang mulia ni digandakan oleh ALLAH. Dibawah adalah satu article yang cukup menarik untuk dikongsi bersama berkenaan dengan puasa dan kajian sains..insyALLAH sama-sama kita mengambil teladan dari article ini

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.


Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa

Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;

Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :

مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ

“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)

Nabi S.a.w bersabda :

أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar

Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud;

“Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”

Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : ‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”

Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :

خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”

Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)

Setelah membawakan sebahagian hadits-hadits di atas, Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”


Manfaat lapar untuk kesihatan hati

Adapun manfaat lapar untuk kesihatan hati, para ulama telah menerangkannya : Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Dzunnun ‘ailaihissalam :“Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.

Berkata ‘Aisyah radiyallahu ‘anha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”

Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.

Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah :“Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata :“Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”

Diriwayatkan dari Amir bin Qois , bahawa dia berkata :“Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”

Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah :“Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”

Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”

Beliau berkata lagi :“Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”

Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya :“Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”

Berkata Abu Imran Al-Juwaini :“Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”

Beliau berkata :“Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”

“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.

Seringnya Rasulullah makan tiga hari sekali sampai wafat bukan makan sehari tiga kali seperti budaya kita.


Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali

Semua ada enam iaitu:

1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.

2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.

3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.

5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.

6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.


Penutup

Semoga kita diberikan kekuatan dan kerajinan untuk berpuasa dan menambahkan ibadah2 lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Lebih2 lagi bulan Ramadhan ini lah digarinya para syaitan dari golongan jin dari menghasut manusia dan adanya malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, masyaAllah. Semoga kita dapat beribadah dengan baik di malam tersebut dan dikurniakan oleh Allah pahala agar dapat terselamat kita semua dari nerakaNya, amiin.

Tidak lupa kepada para perokok2, bulan Ramadhan ini lah peluang anda untuk belajar berhenti menghisap rokok kerana di siang hari anda sudah tidak dapat hisap rokok. Dan jangan pula di malam harinya anda membalas dendam apa yang anda tidak boleh lakukan pada waktu siang itu. Sebaliknya cuba makan makanan yang dapat membantu lagi untuk membuang toksik / racun dalam badan anda. Sekiranya racun2 itu sudah tiada lagi, maka insyaAllah anda tidak akan ketagih lagi. Pengalaman saya sendiri, saya cuba melawan selama hampir sebulan sahaja untuk berhenti merokok dengan tidak menyentuhnya langsung. Selepas itu anda tidak akan rasa mahu merokok lagi malahan akan rasa muak dengan asap rokok kerana badan anda sudah tiada kandungan racun2 yang menyebabkan ketagihan itu.

Ketahuilah, ramai perokok yang sudah berjaya berhenti merokok pada bulan Ramadhan, maka saya harap kali ini giliran anda pula. Saya pun sudah hampir 3 tahun berhenti merokok dan insyaAllah saya sudah tidak mahu menyentuhnya lagi. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Selamat berhenti merokok kerana merokok boleh mendatangkan kepada anda segala penyakit yang merbahaya bukan sahaja kepada diri anda tetapi juga orang lain. Adakah anda mahu menanggung dosa terhadap orang lain itu? Mudah2an Allah membantu memudahkan usaha anda untuk berhenti merokok, amiin.

Dan semoga segala ibadah kita diterima di sisi Allah sebagai ibadah yang diredhai Allah, bermanfaat pada diri kita, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat lebih2 lagi. Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun 1429 hijriyyah. Baarokallahu lakum …….

Wallahu a‘lam …….

Rujukan :

1. Tafsir Taisirul karimur Rohman – Al-Imam As-Sa’di.
2. Bahjatun Nadzirin syarah Riyadhussholihin – Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaly. Al-Imam Ibnul Qoyyim.
3. Jami’ul Ulum wal Hikam – Al-Imam ibnu Rajab rahimahullah.
4. Subulussalam Syarah Bulughul Maram – Al-Imam As-Shon’ani rahimahullah.
5. Hikmah Puasa Dan Qiyam Ramadhan Menurut Perspektif Islam Dan Sains – Dr. Abu Bakar bin Abdul Majid
6. Bimbingan Mu’min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama – Imam ALGhazali
smile smile smile

Suasana Pasar Karat Shah Alam. Kat Studium Hari Minggu